Kejora Alam Builders merupakan suatu entiti di bawah naungan Kejora Alam Enterprise (No. Pendaftaran Syarikat : SA0523981-X) yang berkemahiran sebagai kontraktor bagi kerja-kerja pembinaan dan ubah suai rumah kediaman di sekitar kawasan Klang, Kapar, Lembah Klang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Negeri Sembilan.
Antara senarai kerja-kerja / servis / perkhidmatan pembinaan / ubah suai rumah kediaman yang ditawarkan termasuklah:
1. Kerja-kerja pemasangan atap / bumbung
2. Kerja-kerja persediaan, pembinaan dan pemasangan siling plaster
3. Kerja-kerja pembinaan dan pemasangan siling
4. Kerja-kerja pembinaan dinding , pemecahan dinding dan yang berkaitan
5. Kerja-kerja pembinaan / ubah suai ruang dapur, pembinaan table top / countertop, pembinaan dan/atau pemasangan kabinet dapur, pemasangan sinki dan hud serta kerja-kerja yang berkaitan
6. Kerja-kerja pembinaan lantai simen / konkrit / pemasangan jubin dan yang berkaitan
7. Kerja-kerja pembinaan / ubah suai yang melibatkan pembinaan struktur seperti tiang, alang (beam) , pembinaan anjung, pembinaan dan/atau pemasangan awning, pembinaan tangga rumah dan yang berkaitan
8. Kerja-kerja pertukangan, pembinaan dan pemasangan pintu, tingkap dan yang berkaitan
9. Kerja-kerja pertukangan, sistem perpaipan dan saliran serta kerja-kerja pendawaian elektrikal berskala kecil dan sederhana untuk rumah kediaman / pejabat / sekolah / makmal
10. Kerja-kerja mengecat rumah kediaman / pejabat / sekolah / bangunan